assalamualaikum.
annyeonghaseyo!
lama pulak rasanya tak update blog ni kan
tangan ni tiba-tiba gatal pulak nak mencoret hari ni.
(mencoret okay bukan mencarut)
selalunya tak pun.hahahahaha
(perlu ke aku gelak macam tu kan)
hah!ce tengok entri aku hari ni.
tak menarik langsung kan?
haha.
hey,suka hati,limpe,jantung aku la nak tulis ape
aku punya blog...aku punya suka la...haha
amboi statement!memang tak sayang nyawa la.
aku sekarang ini dekat universiti la
first year student.
baru je mendaftar sebulan yang lalu.
kira budak freshie lah ni.
(feresh lah sangat)
hahaha
aku agak stress la sekarang ni..
camana nak cakap ye..
semuanya dalam dilema.
mungkin aku budak baru kot.
susah nak adapt dengan situasi dekat sini.
dengan assignment-nya,lab report-nya,dan yang sewaktu dengan-nya lah
aku belajar ayat baru dari roomate aku tau
nak tau hape?
tambahkan perkataan -nya- setiap kali nak habis ayat.
macam ayat aku kat atas tu.haha.
kalau dengar,macam nak tergelak la.
*gelak la
okay,itu sekadar iklan ringan semata-mata.
pada aku,memang susah la jadi mahasiswa ni.
semua benda kita kena cepat,
maksud aku,cepat dari orang lain.
tapi,aku akan cuba sedaya mungkin untuk mengadaptkan diri aku dekat sini.
insyaAllah.