Assalamualaikum.
selamat hari selasa buat anda semua
hari ni entri aku berkaitan
"betul ke bila seorang perempuan belajar tinggi2x,tapi akhirnya ke cerokk dapur jugak?"
itulah yang bakal kita rungkaikan hari ini.
hahaha(gelak jahat).
kenapa tiba-tiba aku buat entri macam ni ye?
sebenarnya macam ni
tengah hari tadi sebelum aku pergi kelas kalkulus,
aku borak-borak dengan roomate aku pasal masa depan
hahaha.aku pun tak tahu camana la boleh terkeluar topik tu.
pastu,terkeluar la cerita pasal ruang lingkup kerja yang `bakal` kitorang ngadap nanti.
disebabkan kos yang kitorang ambik ni engineering,mengelamun lah aku seketika
agak susah la aku nak elaborate kat sini..
roomate aku pulak cakap
"skang ni susah org pompuan nk dpt keja tau x especially engineer,takkn la dia nk ambik pompuan utk kerja 7 hari sminggu NONSTOP okay!dgn cuti besalin nya 3 bln,projek jln,kalau aku jadik bos pn aku x akan amek pompuan"
aku pun dengan selambanya tercengang dan ternganga!
biar betul!habis aku dok berhempas pulas selama ni nak masuk U,pilih kos bagai
at last tak ada nilai?memang tak adil la kan
lepas grad,tunggu orang masuk minang,tu pun kalau ada orang nak pinang.
kalau tak,melangut je la kat rumah
tapi,hakikatnya mungkin begitu
cuba tengok zaman kita hidup sekarang ni,
betapa ramainya graduan universiti yang menganggur takde kerja
every year ada graduation day.
tapi tak semua dapat kerja
cepat atau lambat semuanya bergantung pada rezeki
tapi,semua orang punya angan2x yang indah
sama seperti aku yang punya impian yang tinggi
yang ingin menggenggam segulung ijazah kelas pertama
mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakanku
namun,itu semua terletak kepada rezeki dari Yang Maha Esa.
aku nak jadi macam beliau =)
so,sebagai endingnya,aku fikir
sebagai pelajar aku perlu mencari sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman
untuk bekalan masa hadapan
selebihnya berserah sahaja kepada Yang Maha Esa
yang penting nawaitu kena betul.