Assalamualaikum.
selamat hari selasa buat anda semua
hari ni entri aku berkaitan
"betul ke bila seorang perempuan belajar tinggi2x,tapi akhirnya ke cerokk dapur jugak?"
itulah yang bakal kita rungkaikan hari ini.
hahaha(gelak jahat).
kenapa tiba-tiba aku buat entri macam ni ye?
sebenarnya macam ni
tengah hari tadi sebelum aku pergi kelas kalkulus,
aku borak-borak dengan roomate aku pasal masa depan
hahaha.aku pun tak tahu camana la boleh terkeluar topik tu.
pastu,terkeluar la cerita pasal ruang lingkup kerja yang `bakal` kitorang ngadap nanti.
disebabkan kos yang kitorang ambik ni engineering,mengelamun lah aku seketika
agak susah la aku nak elaborate kat sini..
roomate aku pulak cakap
"skang ni susah org pompuan nk dpt keja tau x especially engineer,takkn la dia nk ambik pompuan utk kerja 7 hari sminggu NONSTOP okay!dgn cuti besalin nya 3 bln,projek jln,kalau aku jadik bos pn aku x akan amek pompuan"
aku pun dengan selambanya tercengang dan ternganga!
biar betul!habis aku dok berhempas pulas selama ni nak masuk U,pilih kos bagai
at last tak ada nilai?memang tak adil la kan
lepas grad,tunggu orang masuk minang,tu pun kalau ada orang nak pinang.
kalau tak,melangut je la kat rumah
tapi,hakikatnya mungkin begitu
cuba tengok zaman kita hidup sekarang ni,
betapa ramainya graduan universiti yang menganggur takde kerja
every year ada graduation day.
tapi tak semua dapat kerja
cepat atau lambat semuanya bergantung pada rezeki
tapi,semua orang punya angan2x yang indah
sama seperti aku yang punya impian yang tinggi
yang ingin menggenggam segulung ijazah kelas pertama
mendapat kerja yang sesuai dengan kelayakanku
namun,itu semua terletak kepada rezeki dari Yang Maha Esa.
aku nak jadi macam beliau =)
so,sebagai endingnya,aku fikir
sebagai pelajar aku perlu mencari sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman
untuk bekalan masa hadapan
selebihnya berserah sahaja kepada Yang Maha Esa
yang penting nawaitu kena betul.
Saturday, 8 October 2011Y
SUSAHNYA JADI MAHASISWA
assalamualaikum.
annyeonghaseyo!
lama pulak rasanya tak update blog ni kan
tangan ni tiba-tiba gatal pulak nak mencoret hari ni.
(mencoret okay bukan mencarut)
selalunya tak pun.hahahahaha
(perlu ke aku gelak macam tu kan)
hah!ce tengok entri aku hari ni.
tak menarik langsung kan?
haha.
hey,suka hati,limpe,jantung aku la nak tulis ape
aku punya blog...aku punya suka la...haha
amboi statement!memang tak sayang nyawa la.
aku sekarang ini dekat universiti la
first year student.
baru je mendaftar sebulan yang lalu.
kira budak freshie lah ni.
(feresh lah sangat)
hahaha
aku agak stress la sekarang ni..
camana nak cakap ye..
semuanya dalam dilema.
mungkin aku budak baru kot.
susah nak adapt dengan situasi dekat sini.
dengan assignment-nya,lab report-nya,dan yang sewaktu dengan-nya lah
aku belajar ayat baru dari roomate aku tau
nak tau hape?
tambahkan perkataan -nya- setiap kali nak habis ayat.
macam ayat aku kat atas tu.haha.
kalau dengar,macam nak tergelak la.
*gelak la
okay,itu sekadar iklan ringan semata-mata.
pada aku,memang susah la jadi mahasiswa ni.
semua benda kita kena cepat,
maksud aku,cepat dari orang lain.
tapi,aku akan cuba sedaya mungkin untuk mengadaptkan diri aku dekat sini.
insyaAllah.
23:35 
BAHAGIA ATAU SENGSARA
assalamualaikum.
apa khabar korang?
adakah anda dalam keadaan gumbira atau berduka
harapnya biarlah semua gumbira...tiada yang berduka..
apa yang membuatkan kita bahagia ?
oh!sudah semestinya ada perkara yang menggembirakan kita telah berlaku
contohnya menang loteri ke,dapat naik pangkat ke,hahaha..
itu semua perkara yang menggembirakan =)
betul tak?
tapi,dalam ada yang gumbira ,pasti ada yang sedang berduka
(wah!macam lirik lagu raya pulak.hahaha)
mungkin mereka sedang dilanda pelbagai masalah
diuji oleh Yang Maha Esa
namun,life must go on.
jika kita berada dalam keadaan gembira
kita harus bersyukur sebanyak-banyaknya
kerana kita tidak merasai apa yang berlaku pada mereka yang berada di sekeliling kita
adakah mereka ketawa seperti kita atau berduka setiap masa?
Dia menghantar pelbagai dugaan untuk menguji hambaNya
sesiapa yang mendapat ujianNya,mereka sesungguhnya ialah orang yang terpuji.
Insyaallah.
jadi janganlah kita sesekali mengeluh dengan apa yang berlaku.
macam aku ni,baru sakit telinga sikit,dah merungut-rungut..
teruk betul la.
okaylah korang!masa untuk type dah tamat
siaran tergendala buat beberapa ketika.hahahaha.
selami jiwa,selami akal,selami lautan dalam!
BYE!
JAGA DIRI,HIASI PERIBADI
19:41 